Nikmati Pengalaman Dagangan Tanpa Kerumitan

Libatkan diri dalam pasaran secara pasif dengan menyalin pedagang pakar.

Dua Penyelesaian Copy Trading, Strategi Tanpa Had untuk Diikuti

Dengan penyelesaian One Pro Copy dan One Copy Trader, anda mendapat akses kepada pelbagai pedagang pakar untuk diikuti.

Semak profil mereka, cari strategi yang sesuai dengan matlamat pelaburan dan tahap toleransi risiko anda, kemudian salinnya secara automatik. Selepas itu, duduk santai dan biarkan pedagang berpengalaman melakukan kerja untuk anda.

Dua Penyelesaian Copy Trading, Strategi Tanpa Had untuk Diikuti

One Pro Copy vs One Copy Trader
Perbandingan

One Pro Copy
One Copy Trader

Bolehkah saya menggunakan perkhidmatan ini terus melalui Portal Pelanggan?

Ya. Anda boleh mengaksesnya melalui Portal Pelanggan OneRoyal.

Tidak. Anda perlu mendaftar akaun One Copy Trader.

Bolehkah saya menyambungkan akaun dagangan sedia ada saya kepada perkhidmatan ini?

Ya. Hanya ikuti arahan pada skrin atau rujuk panduan langkah demi langkah kami.

Ya. Hanya ikuti arahan pada skrin atau rujuk panduan langkah demi langkah kami.

Adakah saya mempunyai kawalan penuh terhadap cara dagangan disalin ke akaun saya?

Ya. Anda boleh mengkonfigurasi Strategi Langganan anda untuk mengawal risiko, jumlah dagangan dan tingkah laku dagangan.

Ya. Anda boleh menyesuaikan Parameter anda untuk menentukan peruntukan, isyarat dan sekatan risiko.

Adakah perkhidmatan ini menyokong Copy Trading merentas broker?

Tidak. Anda hanya boleh mengikuti Penyedia dalam ekosistem OneRoyal.

Ya. Anda boleh mengikuti Penyedia yang berdagang dengan mana-mana broker yang disokong.

Bolehkah saya berkongsi strategi saya sendiri untuk diikuti oleh pedagang lain?

Ya. Anda boleh menggunakan perkhidmatan ini sebagai Pengikut atau Penyedia Strategi.

Ya. Anda boleh menggunakan perkhidmatan ini sebagai Pengikut atau Penyedia Strategi.

Cara Memulakan Copy Trading

Apa jua penyelesaian Copy Trading yang anda pilih, proses untuk bermula adalah mudah.

LANGKAH 1

Log masuk ke Portal Pelanggan

LANGKAH 2

Pilih One Pro Copy atau One Copy Trader daripada Menu Pedagang

LANGKAH 3

Ikuti arahan untuk menjadi Pengikut dan sambungkan akaun dagangan anda

LANGKAH 4

Semak dan pilih Penyedia serta strategi yang tersedia untuk disalin

LANGKAH 5

Sesuaikan cara dagangan disalin dengan melaraskan parameter

LANGKAH 6

Nikmati dagangan pasif sambil mengekalkan kawalan ke atas akaun anda

Kenal Pasaran?
Jadikan Kepakaran Anda Sumber Pendapatan

Copy Trading bukan hanya untuk mereka yang ingin berdagang secara pasif. Jika anda seorang pakar, ini juga peluang untuk menjana pendapatan daripada kepakaran anda dengan berkongsi strategi agar pedagang lain dapat mengikutinya.

Jadi Penyedia Strategi
Kenal Pasaran? Jadikan Kepakaran Anda Sumber Pendapatan

Dipercayai oleh Pedagang di Seluruh Dunia

Di OneRoyal, kami komited terhadap kejayaan jangka panjang anda. Kami mempunyai lesen daripada pihak berkuasa kawal selia di seluruh dunia bagi memastikan persekitaran dagangan yang selamat dan terjamin.

0+

Tahun Pengalaman

Kami memahami apa yang pedagang mahukan dan perlukan.

0+

Anugerah

Kami sentiasa menerima pengiktirafan atas kualiti perkhidmatan kami.

0+

Bandar

Kami mengekalkan kehadiran tempatan di pelbagai lokasi.

0+

Negara

Kami memberi perkhidmatan kepada pedagang di seluruh dunia.

Cuba Copy Trading Hari Ini

Temui cara berbeza untuk berdagang di pasaran dan manfaatkan kepakaran pakar.

Mula Sekarang
Cuba Copy Trading Hari Ini

Soalan Lazim

Apakah itu Copy Trading?

Copy Trading memberikan pengalaman dagangan tanpa perlu berdagang secara aktif, di mana anda mengikuti pedagang pakar dan menyalin strategi mereka. Dagangan yang dilakukan oleh Penyedia Strategi akan disalin secara automatik kepada Pengikut. Posisi mereka akan direplikasi ke dalam akaun dagangan anda berdasarkan parameter yang telah anda tetapkan. Ini membolehkan anda mengekalkan kawalan penuh ke atas akaun anda tanpa perlu berdagang secara aktif.

Siapakah yang sesuai menggunakan Copy Trading?

Copy Trading sesuai untuk pedagang di semua peringkat, daripada pemula yang ingin belajar dan berkembang hinggalah pedagang berpengalaman yang mungkin tidak mempunyai masa untuk mengurus dagangan mereka secara langsung. Pedagang pakar juga boleh memanfaatkan kepakaran mereka dengan berkongsi strategi untuk diikuti oleh pedagang lain serta memperoleh komisen berdasarkan tetapan yang dipilih.

Adakah Copy Trading sama seperti akaun dagangan yang diuruskan?

Tidak. Penyedia Strategi berdagang bagi pihak mereka sendiri dan tidak mengurus atau mempunyai akses kepada dana Pengikut, malah mereka juga tidak mengetahui identiti Pengikut mereka. Sebagai Pengikut, anda sendiri yang memilih pedagang pakar untuk diikuti, dan setiap dagangan yang disalin daripada strategi mereka dianggap sebagai keputusan dagangan anda sendiri.

Adakah Copy Trading selamat?

Copy Trading memberi anda peluang untuk memanfaatkan kepakaran pedagang berpengalaman tanpa perlu terlibat secara aktif dalam pasaran. Namun begitu, seperti semua bentuk dagangan yang lain, ia tetap melibatkan risiko. Oleh itu, penting untuk memastikan strategi yang anda salin selaras dengan matlamat pelaburan dan tahap toleransi risiko anda. Penyelesaian One Pro Copy dan One Copy Trader menyediakan maklumat terperinci mengenai Penyedia Strategi, termasuk pendekatan, sejarah, prestasi dan tahap risiko mereka, bagi membantu anda membuat keputusan yang lebih tepat tentang siapa yang ingin diikuti.